Wednesday 21 December 2011

aku lahir pada 15 hari bulan

Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9. 

RESULT :/

Esok 22/12/2011 result PMR akan keluar. Siapa tak debar kan? Aku takut sangat, aku ini bukan cerdik sangat pun. Esok aku akan redha sahaja dengan apa yang aku dapat, insy'allah. Esok orang pergi ambik result dengan ibubapa, tapi aku? Bertambah sedih, mak aku tiada di sisi aku esok, mak aku berada di KOTA BHARU. Esok lepas ambik result aku akan terus bertolak ke KB.

Aku berharap sangat aku dapat apa yang aku terget. YA ALLAH tolonglah aku. Hanya padaMU aku memohon  YA ALLAH. Aduhai, sakit kepala aku memikirkan nasib aku esok. Takut, seram, serun, berdebar, sejuk perut, ada belaka sekarang ini. Nak ambik PMR tak takut macam ini aku rasa. Ambik result ini, memang membuat kan aku terasa gerun. Ambik result macam rasa nak ambik apa. TAKUT sangat.

Aku sebagai pelajar di Sekolah Menengah Dato' Razali Ismail akan mengambil result di dewan Ibnu Sina pada pukul 10pagi esok. Adakah aku akan menangis esok? Aku tak tahu, aku takut sangat. Tolong aku ! Aku tak tahu dah nak buat macam mana. Aku pasrah sahaja sekarang, aku akan redha, insy'allah.

Aku akan mendoakan kejayaan kawan-kawan aku. Aku akan maafkan dosa-dosa mereka yang mereka buat kat aku. INSY'ALLAH. Walaupun perit, aku akan maafkan. GOOD LUCK ya you all..

Saturday 17 December 2011

ALANG PERKASA (teater)

Alang perkasa sebuah cerita yang membiarkan watak-wataknya terus mencari, mencari diri, mencari identiti, dan mencari masa depan. Alang perkasa ini tidak disarankan latar tempat dan masa peristiwa secara khusus. Unsur yang bergerak ialah watak-watak bagi membina cerita ini.

Watak-wataknya dibiarkan terus mencari dalam seribu kekeliruan. Si buta mencari suaminya. Dia yakin suaminya masih hidup dan akan pulang sebagai seorang perajurit yang perkasa dan terbilang. Demikian juga Si puteri yang keliru antara dua cerita yang berbeza kehebatan ayahnya di medan perang dan kedayusan ayahnya sebagai petualang perang.

Sementara itu, Lelaki pula mengharapkan perwira yang dijejakinya masih hidup kerana dia membawa penghargaan daripada pemerintah kerana jasa-jasa mengalahkan ratusan musuh. Akan tetapi, berlainan pula dengan Si capik, perajurit yang tempang yang mengheret kecacatannya bertahun-tahun, ke mana-mana untuk melangsaikan sebuah dendam.

Watak lain yang datang mencelah ialah Tuan dan Wanita yang turut terjebak menyaksikan berakhirnya satu pencarian yang penuh kekeliruan lagi amat tragis.

Teater ini sedeh + kelakar + hebat. Teater ini unik, sebenarnya Alang perkasa itu ialah Osu orang suruhan Tuan yang dungu. Osu sengaja merahsiakan identitinya yang sebenar. Wataknya yang sebenar yang perkasa dan bijaksana yang terdahulu, dirahsiakan, dan dia bertukar menjadi dungu kerana dia fobia. Dia fobia kerana dia melihat darah beratus-ratus tentera yang berkorban.

Selepas Alang perkasa atau juga dikenali Osu berjaya melepas kan diri dari tahanan, dia duduk seperti seorang yang dungu dan juga sangat comot di lereng bukit seorang diri, dan dikutip oleh Tuan dan dijadikan hambanya.

Tuan dan  Wanita sudah lama berkahwin, tetapi tidak mendapat zuriat, oleh itu Tuan menyuruh Osu mencari seorang perempuan untuk dijadikan isteri mengantikan Wanita itu. Wanita ini saban hari menyanyi mengenangkan nasibnya yang malang. Tuan langsung tidak menghiraukan perasaan Wanita itu.

Semasa mencari perempuan untuk Tuan, Osu ada ternampak dua hamba Allah, seorang si buta, mugkin si ibu, dan seorang lagi jelitawan dan mugkin si anak. Osu sempat bercakap dengan kedua-duanya, si buta itu mengatakan bahawa si Osu itu suaminya, kerana suara si Osu persis dengan suara suaminya. Di situ muncullah satu salah faham mungkin. Tetapi Osu tidak mengaku dan terus berlalu pergi.

Tetapi, akhirnya, Tuan dan Wanita tidak bercerai, si buta mengetahui siapa suaminya yang sebenar iaitu, Osu iaitu ALANG PERKASA, tetapi kegembiraan itu hanya sekejap kerana si capik datang untuk membalas dendam lalu menikam Alang perkasa kawannya di medan perang yang dia katakan petualang perang. Akhirnya cerita Alang perkasa.


Huhu, aku dapat bergaul dengan pelakon-pelakon dia. Best sangat, sebab diorang ini kawan ayah aku. Juga yang jadi si puteri itu Mimi. -____-" whatever. Tapi cerita dia memang best. Mujurlah aku dapat tengok, hmm, kat taman budaya kat TER tuh. Aku ajak ramai kawan aku tapi dua orang je yang dapat datang, huhu, mana ada sedeh. :') Tapi tak apa lah, yang pasti aku puas hati malam itu. Hehehe.

Malam itu, Osu tidak ingat skrip. Tuh lah,, nak ngorat aku sangat, hehe. Kesihan kat dia, dia kata dia tidak ingat skrip sebab aku? Huhu, tapi itu tanda penghargaan bagi aku. Hahaha. Aku bangga apa. hee :)

                                                    PENDOKONG WATAK

OSU : KHAIRUL AZLI AWANG
TUAN : SAIFULDHARI ABU BAKAR
WANITA : ROHAZLINA OMAR
SI BUTA : ROSAIDAWATI HAJI ROKIK
SI PUTERI : MIMI ( 4 M ) -________-"
LELAKI : MOHD SHAMSUL BAHARI
SI CAPIK : MOHD ANUAR SIDEK ( anak dia comel sangat )

SEKIAN.. :)

kenangan hari ini

Hari ini, dia buat aku happy sangat-sangat. Hahaha, aku tak boleh lupakan hari ini. Aku balik rumah, masuk bilik macam orang gila dah. Hahaha, suka sorang-sorang. Kikikiki, serius aku happy sangat hari ini. Dapat jumpa si dia, membuat aku terasa, arghh, tak boleh nak kata apa. Dia merenung setiap pergerakan aku, dia lindung aku daripada orang lain tengok aku, hahaha. Lucu ! Dia layan aku, hari ini, macam aku kekasih dia. Kalau betul nak kat aku, ajak lah aku couple. :) Aku tak faham dia ini, tapi yang pasti, dia layan aku dengan baik sangat. Baru tahu aku siapa. Hehehe, tapi ada satu benda yang membuat aku tak senang, dia memberitahu kepada pekerja dia tadi, yang aku "awek baru dia" lepas itu, pekerja dia kata tak percaya. Dia ada kekasih baru ke? Tadi aku tanya dia, ada kekasih baru dah ke? Dia menjawab "TAK".

Hmm, apa-apa pun, aku akan ingat kenangan hari ini. :) YA ALLAH, aku berharap dia adalah milik aku yang sepenuhnya suatu hari nanti. Tadi, di depan sepupu dia, dia memberitahu bahawa, selepas aku habis sekolah nanti, dia nak masuk meminang aku. Hahaha, boleh percaya ke? Aku suka, tapi dalam masa yang sama, aku juga takut. Takut dia just main-main. Aku harap dia tak main-main. Hehehe, hari ini agak bengong + gila + bodoh, hahaha, argh kelakar betul. Aku suka sangat hari ini ! Gembira sehingga tak tahu nak cerita apa. Hanya aku dan Allah tahu betapa happy nya aku hari ini. :)



HE MAKES ME FELT GOOD :) ILOVEYOU :)

Friday 16 December 2011

LELAKI :)

Sekiranya seseorang wanita suka mendengar pujian, suka diberitahu bahawa diri mereka disayangi atau sebagainya, bagaimana pula dengan lelaki? Apakah perkara yang lelaki suka dengan daripada mulut seorang wanita?


(1) Lelaki kebiasaannya akan berasa lebih tertekan di tempat kerja. Mungkin dalam sesetengah situasi yang melibatkan pekerjaan, mereka berasa amat kecewa terhadap hasil daripada tugasan yang telah mereka laksanakan. Jadi siapakah orang yang paling bertanggungjawab untuk memberitahu bahawa mereka telah melakukan kerja dengan baik? Tidak lain dan tidak bukan adalah seorang wanita.



(2) Didalam kehidupan seharian, seorang lelaki akan berusaha untuk melakukan sesuatu yang mungkin dapat membantu diri mereka, keluarga, rakan dan sebagainya. Mungkin sesuatu perkara yang mereka lakukan akan berhasil dan mungkin juga tidak. Sekiranya mereka telah berusaha melakukan sesuatu tetapi tidak berhasil, siapakah yang bertanggungjawab untuk memberitahu bahawa mereka telah melakukan perkara bijak dengan menagambil keputusan melakukannya berbanding berdiam diri? Tidak lain tidak bukan adalah wanita.


(3) Lelaki pada masa kini amat menitikberatkan mengenai soal penampilan diri. Mereka berusaha untuk kelihatan segak di khalayak ramai. Jadi siapakah yang bertanggungjawab untuk memberitahu bahawa mereka kelihatan kacak? tidak lain tidak bukan adalah wanita.


(4) Seorang lelaki sanggup menggadaikan nyawa mereka hanya untuk memberikan perlindungan terhadap orang yang memerlukan. Jadi siapakah yang bertanggungjawab untuk memberitahu bahawa mereka adalah seorang yang berani? Tidak lain tidak bukan adalah wanita.


(5) Sesuatu tugasan yang berat sering dikaitkan dengan lelaki. Ini adalah kerana tenaga seorang lelaki adalah lebih kuat berbanding daripada wanita, Jadi siapakah yang bertanggungjawab untuk memberitahu bahawa mereka adalah seorang yang gagah atau kuat? tidak lain tidak bukan adalah wanita.log Design by

PERASAAN SEORANG WANITA

Hati seorang wanita memang agak payah dimengertikan. Pelbagai emosi dan perasaan yang bergolak dalam hati seorang wanita. Kadang2 sukar nak dijangka. Macam bom atom pun ada.....hehehe.  
 

SENSITIF : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.


CEREWET : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang2 ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali-sekala.


HALUS : Ibarat sehalai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak..walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

IKHLAS : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.


KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak, dan suami. WANITA amat tabah.


PRIHATIN : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.


MANJA : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja hanya kepada insan yang bernama LELAKI, namun juga sesama kaum.


EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.



SEKS : Seks bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkan.